Resepi Bubur Ayam McD

  Monday, October 7, 2013

Picture credit: McDonald's Malaysia

Resepi bubur ayam McD ni lebih kurang ngan resepi bubur ayam MakAku.. Hehe.. Ni lah menu lunch aku ngan Zara hari ni.. Terlupa lak nak snap gambar.. Next time kalau aku masak lagi bubur ni aku post gambar sekali k.. So tuk sape2 yg boikot McD tp teringin nak makan, atau yg tak/belum boikot tp malas nak order atau ke cawangan McD yg berdekatan, boleh la try resepi ni ye.. Senang jer.. Don't worry.. Aku akan share resepi yg simple2 jer.. Sesuai ngan org2 yg tak baper rajin nak masak, atau rajin tp nak cepat.. Hehe..

Bahan-bahan ( untuk 2-4 orang )

1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia diketuk / titik
2 sudu kecil serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
1/4 ekor ayam (aku selalu guna isi ayam)
1 liter air
sedikit garam

Garnish ( sesuka hati la nak letak banyak mana )

lada merah
daun bawang
daun sup
serbuk lada putih

Cara-cara
  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Jangan buang air rebusan ayam tu.
  2. Basuh beras bersih2. Masukkan beras ke dlm periuk bersama dengan lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak bubur ikut suka lembut mcm mana korang nak.
  3. Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah & daun sup.
  5. Titiskan sikit dgn minyak bijan. 
Resepi kat atas credit to My Resepi.


**Resepi MakAku

Bahan2 semua sama jer cuma tambah bawang putih, cara masak berbeza.. Yg ni lagi simple kot..
  1. Masak bubur nasi mcm biasa. Kalau dah hampir masak, tambahkan serbuk pati ayam & sedikit garam.
  2. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih (diketuk/titik) & halia hingga kuning keemasan.
  3. Masukkan hirisan ayam dan tumis sehingga hampir masak.
  4. Tuangkan bahan2 tumisan (termasuk minyak tumisan) ke dalam periuk bubur yg dah masak tadi. Gaulkan sekejap sampai ayam tu dah masak pastu tutup api.
  5. Masukkan lada putih secukup rasa. 
  6. Bubur ayam bolehlah dihidangkan dgn bawang goreng, daun sup & lada merah. 
  7. Titiskan sedikit minyak bijan.
Siap! :)

p/s: Tuk yg tak familiar ngan terms memasak, tumis tu guna sedikit minyak jer.. Bukan goreng ok.. Hehe..

4 comments :

Anonymous ,  November 1, 2013 at 7:51 PM  

Garnish tu ape? Hehe

Leezan Alee November 15, 2013 at 3:30 PM  

Garnish tu lebih kurg mcm pelengkap rasa.. Mcm bubur ni, garnish tu bwg goreng, daun sup tu... :)

bebemakcu January 27, 2014 at 3:33 PM  

Yeay.. mcm senang j.. oky.. nak cube ptg ni jugak .. yezzaaa.. thanks akak for sharing

Leezan Alee January 27, 2014 at 5:33 PM  

Memang senang pun dear.. Hehe.. Selamat mencuba! :)

Post a Comment

Back to TOP